ambil pengajaran

-taken from Utusan Malaysia Online

Seperti yang dijangka, N telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh N mampu mengalahkan nama-nama besar seperti M, SN dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat N dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.

Tindakan N memeluk IH, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?

Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.

Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi N juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab.

Ketika dihubungi, N menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen N bila orang mengkritik perbuatan N memeluk I?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena. 

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami. 

Adakah N akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

_____________________________________________________________________

Astaghfirullahal'azim.... dah buat dosa terang-terangan xda rase menyesal langsung. "Saya tidak membuat kesalahan yang besar". bukan ke "suka mempamerkan dan memperlihatkan dosa yang dilakukan kepada orang lain" tu dah jadi dosa besar. kan taubat x diterima bila kita x menyesal dgn dosa yg dilakukan n siap berbangga lg. kite spatotnye jd mcm ni bile dah buat dosa. takut dgn azab ALLAH.

berjaga-jagalah bg sesape yg bace artikel kt atas tu tp xda rase pape.

 

2 comments:

Are-kir Al-Hafiz said...

haha...nasihat dr seorg "ustazah" mmg bermakna...hehe

brother Hafiz said...

salam...,maaf,sekadar perkongsian yer,1st thanx 4 d news,dah lame x tgk brita.alhamdulillah tadi sengaja ja click dari blog fatih,
bila kita cuba meneropong kembali perkara seperti ini,
seakan dapat dilihat retakan-retakan dalam kefahaman islan...islam yang difahami kita sekarang seolah-olah jauh bertentangan oleh yang dibawa rasul melalu risalah langit,
subhanallah...mudah-mudahan blog ini menjadi wadah untuk pembaca memahami islam insyaAllah,
mohon maaf andai ada kekurangan atau kesilapan,jazakillah